Some of the greater things in life are unseen thats why you close your eyes when you kiss, cry, or dream
looking for something?
Monday, November 29, 2010
bored
Wednesday, November 10, 2010
hilang sudah mood bahagie
Tuesday, November 09, 2010
final year project : perkhidmatan spa di langkawi
Persoalan Kajian
1. Apakah jenis spa yang diminati oleh pelancong di Pantai Cenang, Langkawi?
2. Apakah faktor-faktor motivasi yang mendorong pelancong mendapatkan khidmat spa tersebut?
3. Apakah faktor demografi (jantina, latar belakang, pekerjaan, pendapatan, umur) mempengaruhi pelancong untuk mendapatkan khidmat spa?
Objektif Kajian
1. Mengenalpasti jenis-jenis spa yang diminati oleh pelancong di Pantai Cenang, Langkawi
2. Mengenalpasti faktor-faktor motivasi yang mendorong pelancong mendapatkan khidmat spa tersebut
3. Mengenalpasti faktor demografi (jantina, latar belakang, pekerjaan, pendapatan,umur) yang mempengaruhi pelancong untuk mendapatkan khidmat spa tersebut
Kepentingan Kajian
i. Hasil daripada kajian ini boleh juga digunakan sebagai panduan kepada pemaju spa untuk menjadikan spa sebagai tarikan pelancongan pada masa akan datang
ii. Membantu negara/destinasi khususnya Langkawi dalam mempelbagaikan produk atau sumberjaya pelancongan yang berorientasikan spa
iii. Menggalakkan pembangunan pelancongan khususnya kepada LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi)dengan menggunakan sumber kekayaan dan keunikannya SPA dengan lebih efektif pada masa akan datang.
Skop kajian ialah di sekitar Pantai Cenang, Langkawi
Rekabentuk Kajian
Lokasi kajian
Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pengunjung yang terdapat di sekitar di Pantai Cenang, Langkawi. Populasi kajian terdiri pengunjung yang pernah mendapatkan rawatan spa di yang terdapat di Pantai Cenang,Langkawi.
Dapatan Kajian
Spa Yang Menjadi Pilihan : Spa Harian
faktor2 demografi
jantina : perempuan lebih ramai mengunakan spa berbanding lelaki
warganegara : orang Malaysia lebih banyak menggunakan spa di sana berbanding luar negara
status : bujang dan berkhawen lebih bnyak pergi ke spa
pekerjaan : pekerja dari industri swasta lebih bnyak menggunakan spa
Faktor-Faktor Motivasi
Bagi kategori faktor – faktor motivasi yang mendorong pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Spa pula, kami mendapati pengguna atau pengunjung lebih ramai tertarik dengan Imej Spa yang ditonjolkan. Sebagai contoh, kelainan dan keunikan serta kreativiti yang terdapat pada Spa yang menarik pengguna atau pelancong untuk menggunakan rawatan Spa di situ seperti hiasan luaran dan dalamannya yang mana ia boleh mempengaruhi “mood” pengguna yang sedang mendapatkan perkhidmatan. Ini kerana sudah menjadi lumrah bagi manusia yang mudah tertarik dengan sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain. Apabila situasi ini wujud, maka timbul rasa ingin tahu dan ingin mencuba agar dapat pengalaman merasai sendiri keunikan yang sedia ada. Selain itu, cadangan daripada rakan yang telah mencuba perkhidmatan di Spa tersebut membuatkan Spa tersebut mendapat imej yang baik.
____________________________________
dengan ini tamat lar final year project aku..dan menunggu untuk last paper dengan keadaan mood yang terlampau malash tok stady..padahal killer paper nie..hei apolah nax jadi nie yunk! last paper ari khames nie..pastu menunggu untuk muet paper plak..pastu pack barang n go home! home sweet home!hek3!hurm pasni bermula lar hubungan jarak jaoh antara aku dan sese..hurm dugaannnn...hek3!doakan jodoh kami yer...nti if kami khawen kami ajak kowang sume :)~ mood : gatal ~ hu3!..aku dan kawan2 yang len juga kan buat haluan masing2..kemanakah kami semue selepas ini...aku doakan kejayaan kowang :)..tbe2 windu dgn "under one roof'" :(..ok2! kembali cerie..hope aku dapat smbg stdy..aku nax jd mama yang ader ijazah!n berkejaya!n bnyak dwet n harta!ha3!impian tinggi mengunung!berangan jer ler lebeh..ha3!
p/s : entry nie ditulis sebagai iklan kepada mood stdy aku..boshan lar nax ngadap note nie..ok2! mau mbg stdy blik