looking for something?

Tuesday, November 09, 2010

final year project : perkhidmatan spa di langkawi

ni lar tajok tesis aku untuk semester enam nie..geng2 aku yang laen adalah eikoi,bun cemau n amad
kiterwank pilih tajuk nie coz kat pantai cenang tu terlalu bnyak spa..n itu adalah salah satu daya tarikan n keunikkan kat sane..ader mcm2 jenis spa..x mcm kiter kat sini
spa tu ssh nax carik n harga pown agak mahal..tp kat sana harga berpatutan n hampir sepanjang jalan ader spa
unik n menarek kan!
terima kaseh pada semue yang telah menjayakan tesis nie.. pada cek mael yang telah bnyak memberi tunjuk ajar n nasehat..pd geng2 aku,pd semue sahabat2 aku,pd parenst yang telah memberi budget n pada naser jamaluddin yang telah memberi suntikkan semangat!
n menjadi tempat luahan masalah
:)
thanx to all
hope tesis nie akan berjaya mendapat marks yang tidak menghampakan
...........................................................................................

Tajuk : Perkhidmatan Spa Di Langkawi

Persoalan Kajian

1. Apakah jenis spa yang diminati oleh pelancong di Pantai Cenang, Langkawi?

2. Apakah faktor-faktor motivasi yang mendorong pelancong mendapatkan khidmat spa tersebut?

3. Apakah faktor demografi (jantina, latar belakang, pekerjaan, pendapatan, umur) mempengaruhi pelancong untuk mendapatkan khidmat spa?

Objektif Kajian

1. Mengenalpasti jenis-jenis spa yang diminati oleh pelancong di Pantai Cenang, Langkawi

2. Mengenalpasti faktor-faktor motivasi yang mendorong pelancong mendapatkan khidmat spa tersebut

3. Mengenalpasti faktor demografi (jantina, latar belakang, pekerjaan, pendapatan,umur) yang mempengaruhi pelancong untuk mendapatkan khidmat spa tersebut

Kepentingan Kajian

i. Hasil daripada kajian ini boleh juga digunakan sebagai panduan kepada pemaju spa untuk menjadikan spa sebagai tarikan pelancongan pada masa akan datang

ii. Membantu negara/destinasi khususnya Langkawi dalam mempelbagaikan produk atau sumberjaya pelancongan yang berorientasikan spa

iii. Menggalakkan pembangunan pelancongan khususnya kepada LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi)dengan menggunakan sumber kekayaan dan keunikannya SPA dengan lebih efektif pada masa akan datang.

Skop Kajian

Skop kajian ialah di sekitar Pantai Cenang, Langkawi

Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan borang kaji selidik. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkhidmatan spa yang ditawarkan di Pantai Cenang,Langkawi ianya merangkumi jenis-jenis spa yang menjadi pilihan pelancong, faktor –faktor motivasi dan demografi yang mempengaruhi pelancong untuk mendapatkan perkhidmatan spa tersebut. Kaji selidik ini adalah dari kalangan pengunjung sasaran yang berada di kelompok kawasan kajian.

Lokasi kajian

Pengkaji memilih untuk melakukan kajian di sekitar Pantai Cenang, Langkawi.

Pemilihan Sampel

Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pengunjung yang terdapat di sekitar di Pantai Cenang, Langkawi. Populasi kajian terdiri pengunjung yang pernah mendapatkan rawatan spa di yang terdapat di Pantai Cenang,Langkawi.

Dapatan Kajian

Spa Yang Menjadi Pilihan : Spa Harian

faktor2 demografi

jantina : perempuan lebih ramai mengunakan spa berbanding lelaki

warganegara : orang Malaysia lebih banyak menggunakan spa di sana berbanding luar negara

status : bujang dan berkhawen lebih bnyak pergi ke spa

pekerjaan : pekerja dari industri swasta lebih bnyak menggunakan spa

Faktor-Faktor Motivasi

Bagi kategori faktor – faktor motivasi yang mendorong pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Spa pula, kami mendapati pengguna atau pengunjung lebih ramai tertarik dengan Imej Spa yang ditonjolkan. Sebagai contoh, kelainan dan keunikan serta kreativiti yang terdapat pada Spa yang menarik pengguna atau pelancong untuk menggunakan rawatan Spa di situ seperti hiasan luaran dan dalamannya yang mana ia boleh mempengaruhi “mood” pengguna yang sedang mendapatkan perkhidmatan. Ini kerana sudah menjadi lumrah bagi manusia yang mudah tertarik dengan sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain. Apabila situasi ini wujud, maka timbul rasa ingin tahu dan ingin mencuba agar dapat pengalaman merasai sendiri keunikan yang sedia ada. Selain itu, cadangan daripada rakan yang telah mencuba perkhidmatan di Spa tersebut membuatkan Spa tersebut mendapat imej yang baik.

____________________________________

dengan ini tamat lar final year project aku..dan menunggu untuk last paper dengan keadaan mood yang terlampau malash tok stady..padahal killer paper nie..hei apolah nax jadi nie yunk! last paper ari khames nie..pastu menunggu untuk muet paper plak..pastu pack barang n go home! home sweet home!hek3!hurm pasni bermula lar hubungan jarak jaoh antara aku dan sese..hurm dugaannnn...hek3!doakan jodoh kami yer...nti if kami khawen kami ajak kowang sume :)~ mood : gatal ~ hu3!..aku dan kawan2 yang len juga kan buat haluan masing2..kemanakah kami semue selepas ini...aku doakan kejayaan kowang :)..tbe2 windu dgn "under one roof'" :(..ok2! kembali cerie..hope aku dapat smbg stdy..aku nax jd mama yang ader ijazah!n berkejaya!n bnyak dwet n harta!ha3!impian tinggi mengunung!berangan jer ler lebeh..ha3!

p/s : entry nie ditulis sebagai iklan kepada mood stdy aku..boshan lar nax ngadap note nie..ok2! mau mbg stdy blik


No comments:

Post a Comment